Total Pageviews

Daisypath Wedding tickers

Sunday, March 27, 2011

Penat~~

Penatnya...penatnya kaki...penatnya tangan...penatnya kepala...penantnya mata....mata?...
arrrghhh kesian mata...asyik kene pakai contact lens jer...x sempat nk beroksigen!!
kenapa penat ni??
errrmmm... last weekend saya ada amazing race to N.9 and Melacca....best...tapi penat...
cabaran dia agak mencabar yea...kene bawak 4wheel...kene buat satay...kene buat assam pedas melaka...
ok...ok...tajuk entri penat yea bukan amazing race....penat sbb
...
Jumaat kerja pukul 7am to 9pm
Sabtu bagun 5:45am tido 2pm
Ahad bagun 8:30am tido 1:45pm
Isnin kerja 7am sampai...??

Kesian kan....bila nak rehat ni??

ok la pasal nanti kita story mory pasal amazing race for next entri...!!
penat.... :(  

Wednesday, March 23, 2011

How I meet my Boss??

Last Friday saya ada date dengan CEO company saya....cehwaaahh!!! hahaha...Ada pls stop berangan!!
no..no...bukan date..tp meeting...waaaaa....meeting dengan CEO company tuh...paling kuat pun saya boleh berkomunikasi dengan HEAD department (based on my hierarchy la...)
errmm...
selepas saya di informed yang saya ada appointment meeting dengan beliau jantung, hati mata, kaki, tangan terus freeze dari bergerak...
macam mana ni?? boleh ker?? tolong...tolong...tolong....
apa yang perlu saya buat....? tentula saya tak nak lepaskan peluang keemasan ini....bagusnyer saya!!
sbb saya tahu saya bagus!! hehehe...ok..ok... nak sharing tips to readers
"How to Communicate with your Boss" bole?

Tapi apa-apa pun introduce dulu diri anda sewaktu mula berbicara ya...cth:

" Hello Boss or name, assalamualaikum (if muslim). It's nice to meet you...I'm Ada from....(bukan from your hometown tau!! tp from means which deparment or sections)"
hey..hey~~pls using your full name eh..no Ada..Ada


  • Before talking to your boss, take a pen and notebook and write down everything you want to talk about in chronological order.
  • Rehearse the conversation with your boss with a friend or by yourself. If you choose to rehearse by yourself, later on share what you plan to say with a friend and ask him for his opinion on your communication approach.
  • Practice body language as well as what you plan on saying. Practice to the point where you can avoid fidgeting, looking off into space, tapping your feet, slouching, or backing away.
  • Bring your pen and notebook with you to your meeting with your boss and reference back to your notes about what you wanted to say. Also, take notes on what your boss says to you.
  • Avoid absolutes and words such as "always," "never," "you" and "every." Instead, use words such as "perhaps," "maybe," and "I."
  • Respect your boss by listening carefully. Repeat key points to show you understand, and if something is unclear to you, ask for your boss to repeat it. Ask questions based on his responses to show you are paying attention and want to learn more.
  • Throughout the entire conversation, make sure that you continuously calm your nerves, manage your anger, be polite, be open-minded and stay positive during the conversation.
  • Thank your boss for his time and praise him for his help.
 

Friday, March 18, 2011

Amazing Pictures ~~cool

MasyaAllah..
tiba-tiba terasa sebak dan insaf seketika...bergini la keadaan kita dalam perut ketika ibu kita mengandungkan kita....























Wednesday, March 16, 2011

mari makan tauge!!

Hari ini kita akan bercerita perihal si tauge....pada siapa yang x suka makan tauge ha! apa lagi sila baca yea...

Menu TAUGE untuk hidangan makan tengah hari mahupun makan malam sering kali   dipandang sebelah mata oleh kebanyakan kita.
Tauge dilihat sebagai hidangan yang   langsung tidak menyelerakan.
mane ade? selera jer....




Tapi tahukah anda, tauge yang kerap kali menjadi pilihan terakhir untuk dijadikan sayur ini sebenarnya mempunyai banyak khasiat.

Tauge dikatakan mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita. Pengambilan tauge oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan oleh golongan ini makin baik. Begitu juga wanita, ia cukup  
berkesan membantu kesuburan telur yang dihasilkan.

Bagaimanapun, khasiat tauge tidak sekadar penyumbang kesuburan, ia juga terbukti melalui kajian mengandungi bahan yang dapat melumpuhkan bibit kanser, usus besar,   pankreas dan juga penyakit leukimia.

Mengikut kajian yang dijalankan tauge sama ada dari jenis kacang hijau, alfalfa  dan sebagainya mengandungi banyak unsur  fitokimia  ya berkhasiat. Salah satunya ialah kanavanin ( canavanine ), sejenis asid yang amino. Kanavanin, dikatakan mampu melumpuhkan bibit kanser leukimia, usus besar dan pankreas.  


Selain itu, tauge juga mempunyai estrogen semulajadi berfungsi sama dengan estrogen  sintesis. Estrogen dalam tauge dapat   meningkatkan kepadatan dan susunan tulang ,   serta mencegah kerapuhan tulang ( osteoporosis )  


Pengambilan tauge oleh wanita secara kerap dapat membantu mereka menghindar mereka dari kanser payudara, gangguan menjelang menstruasi,simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus.
Sewaktu kacang-kacang dicambahkan untuk dijadikan tauge secara umum kadar saponinya meningkat sehingga 450 peratus.

Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung, gara-gara kadar lemak darah yang tinggi dianjurkan lebih banyak mengambil tauge dalam menu harian mereka.


Saponi dalam tauge,  
menghalau "lemak jahat" LDL, tanpa mengganggu kandungan lemak baik HDL.

Selain sarat DNA, tauge padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA.  Pelindungan ini menguatkan kesimpulan   tauge   merupakan sayuran yang membuat anda menjadi lebih muda
.
Satu lagi khasiat tauge yang tidak kurang hebat adalah membantu membuang kotoran dalam usus besar  kerana mengandungi banyak serat dan air. Inilah yang menjadi tunjang   utama tauge dalam memerangi sel kanser .


Apabila kotoran segera meniggalkan usus besar, tiada lagi zat-zat racun dalam kotoran yang yang dapat diserap tubuh. Ia akan mencegah pengumpulan bahan beracun
 yang dapat merangsang berseminya benih kanser.

Selepas membaca kebaikan sayur tauge janganlah ragu-ragu lagi untuk mengambilnya .

Jadi apalagi,
 


JOM kita ramai-ramai makan tauge hari-hari .  

Jangan masak terlalu lama, takut-takut hilang pula khasiat taugeh

Japan Earthquake : Tsunami

Selepas apa yang telah berlaku di Banda Acheh, Indonesia kini dunia bersedih lagi dengan terjadinya  Tsunami atau ombak besar di Jepun. Tsunami adalah "natural disaster" yang berlaku tanpa diduga dan tiada apa bentuk teknologi yang dapat menahan dari ianya berlaku.

Baru-baru ni Tsunami telah berlaku di Jepun pada Jumaat, 11 Mac 2011 dan telah menyebabkan Jepun lumpuh seketika...
.
Akibat gegaran gempa yang berukuran 8.9 skala richter yang kuat telah menyebabkan berlakunya Tsunami setinggi 4 meter di beberapa negeri di Jepun terutamanya Wilayah Sendai dan menyebabkan ramai rakyat Jepun terkorban dan masih hilang.

Dalam sekelip mata beberapa negeri di Jepun bertukar menjadi lautan luas yang sepi dan suram....
Syukur Malaysia terlindung dari segala bentuk bencana alam dan minta dijauhkan dari segala mala pertaka..aminn...

Takziah pada Jepun...


Kebakan, rumah dihanyutkan dan ramai yang hilang segalanya berlaku serentak.

















siapa sangka lautan biru bergini menganas.


 tidak kira Kapal selam? kereta? motor? bot? kapal terbang? semua jenis pengakutan kini di air






























:: memo-si purple tree?-
Alhamdullilah...kita masih mampu tersenyum dan bahagia disamping yang tersayang...tapi harus berjaga-jaga...Allah akan sentiasa menduga kita bila-bila masa sahaja...