Total Pageviews

Daisypath Wedding tickers

Wednesday, March 16, 2011

mari makan tauge!!

Hari ini kita akan bercerita perihal si tauge....pada siapa yang x suka makan tauge ha! apa lagi sila baca yea...

Menu TAUGE untuk hidangan makan tengah hari mahupun makan malam sering kali   dipandang sebelah mata oleh kebanyakan kita.
Tauge dilihat sebagai hidangan yang   langsung tidak menyelerakan.
mane ade? selera jer....




Tapi tahukah anda, tauge yang kerap kali menjadi pilihan terakhir untuk dijadikan sayur ini sebenarnya mempunyai banyak khasiat.

Tauge dikatakan mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita. Pengambilan tauge oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan oleh golongan ini makin baik. Begitu juga wanita, ia cukup  
berkesan membantu kesuburan telur yang dihasilkan.

Bagaimanapun, khasiat tauge tidak sekadar penyumbang kesuburan, ia juga terbukti melalui kajian mengandungi bahan yang dapat melumpuhkan bibit kanser, usus besar,   pankreas dan juga penyakit leukimia.

Mengikut kajian yang dijalankan tauge sama ada dari jenis kacang hijau, alfalfa  dan sebagainya mengandungi banyak unsur  fitokimia  ya berkhasiat. Salah satunya ialah kanavanin ( canavanine ), sejenis asid yang amino. Kanavanin, dikatakan mampu melumpuhkan bibit kanser leukimia, usus besar dan pankreas.  


Selain itu, tauge juga mempunyai estrogen semulajadi berfungsi sama dengan estrogen  sintesis. Estrogen dalam tauge dapat   meningkatkan kepadatan dan susunan tulang ,   serta mencegah kerapuhan tulang ( osteoporosis )  


Pengambilan tauge oleh wanita secara kerap dapat membantu mereka menghindar mereka dari kanser payudara, gangguan menjelang menstruasi,simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus.
Sewaktu kacang-kacang dicambahkan untuk dijadikan tauge secara umum kadar saponinya meningkat sehingga 450 peratus.

Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung, gara-gara kadar lemak darah yang tinggi dianjurkan lebih banyak mengambil tauge dalam menu harian mereka.


Saponi dalam tauge,  
menghalau "lemak jahat" LDL, tanpa mengganggu kandungan lemak baik HDL.

Selain sarat DNA, tauge padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA.  Pelindungan ini menguatkan kesimpulan   tauge   merupakan sayuran yang membuat anda menjadi lebih muda
.
Satu lagi khasiat tauge yang tidak kurang hebat adalah membantu membuang kotoran dalam usus besar  kerana mengandungi banyak serat dan air. Inilah yang menjadi tunjang   utama tauge dalam memerangi sel kanser .


Apabila kotoran segera meniggalkan usus besar, tiada lagi zat-zat racun dalam kotoran yang yang dapat diserap tubuh. Ia akan mencegah pengumpulan bahan beracun
 yang dapat merangsang berseminya benih kanser.

Selepas membaca kebaikan sayur tauge janganlah ragu-ragu lagi untuk mengambilnya .

Jadi apalagi,
 


JOM kita ramai-ramai makan tauge hari-hari .  

Jangan masak terlalu lama, takut-takut hilang pula khasiat taugeh

1 comment: